Sulit
4 tahun
Penjelasan berkaitan dengan keputusan analisis sperma yang telah dijalankan beberapa hari lepas. Namun disebabkan covid19 kami sukar untuk keluar rumah kerana kawasan kami adalah zon merah
Salam sejahterah
Saya ingin penjelasan daripada Dr berkenan dgn keputusan analisis sperma yg telah di buat. Berikut merupakan keputusannya
Volume :2.2
Visocosity :normal
pH :8.0
Sperm count :18
Motility first :90
Motility third :60
Morphology normal :80
Morphology ubnormal:20
Pus cells :10-15/hpf
RBC :2-4/HPF
Epithelial :few
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, berikut adalah penjelasan pada setiap keputusan analisis sperma
Volume: semen ataupun air mani boleh dikira normal jika jumlah air mani melebihi 2 ml. Jumlah volume air mani yang kurang daripada 2 ml akan menyebabkan kesukaran untuk sperma melalui proses persenyawaan
Viscosity: bermaksud kelikatan air mani tersebut
pH: pH yang normal ialah di antara 7.2-8, jika pH yang melebihi 8.0 boleh disebabkan jangkitan.
sperm count: sperm count adalah bilangan sperma yang terdapat dalam air mani. Bilangan sperma yang normal adalah di antara 15 juta hingga 200 juta. Jika kurang daripada 15 juta, kemungkinan untuk mengandung adalah sukar
Motility: Motility adalah bermaksud sebagai pergerakkan sperma untuk berenang sampai ke ovum isteri. Pergerakkan yang normal sepatutnya lebih daripada 50% perlu bergerak secara normal selepas sejam setelah ejakulasi.
Morphology: Morphology bermaksud sebagai bentuk sperma tersebut. Morphology dikira normal jika lebih daripada 50% sperma berbentuk normal.
Pus cell: Pus cell adalah sel yang terhasil akibat jangkitan.
RBC: RBC adalah sel darah merah, ia boleh berada dalam air mani jika terdapat jangkitan ataupun trauma
Epithelial cells: juga boleh merujuk kepada jangkitan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut kerana melalui keputusan yang anda berikan anda mempunyai pus cell dan RBC dalam air mani anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah