
nizahanun.amsteel
5 tahun
Penyakit apendiks- gejala dan cara mengubati tanpa pembedahan
hi, anak buah sy baru menjalani pemeriksaan di hospital kerana cirit birit dr mlm td. Doctor memberitahu sakit apendiks dan meminta supaya dia dimasukn dlm wad. Namun anak buah sy tidak mahu dan memohon utk pulang. Soalan sy, adakah ianya merbahaya bg pesakit, punca dan bagaimana merawat apendik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, appendiks adalah sejenis keradangan bahagian di hujung usus. Oleh kerana ia adalah keradangan yang terjadi disebabkan sumbatan, dikhuatiri akan terjadi jangkitan sekiranya dibiarkan. Justeru, tindakan pembedahan harus dilakukan sebelum terjadi komplikasi yang merbahaya untuk nyawa seperti:
- Peritonitis apabila appendiks pecah
- Sepsis iaitu suatu keadaan bilamana jangkitan kuman masuk ke dalam darah dan boleh menyebabkan shock
- Menyebabkan pembentukan abses (nanah) dalam perut
Justeru, appendsitis tidak boleh diubati tanpa pembedahan. Pemberian ubat hanyalah bertujuan untuk meredakan gejala sementara sahaja. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.