
Sulit
4 tahun
Rahim terbalik selepas keguguran atau semulajadi dan adakah disebabkan ini menjadi sukar hamil
hi doctor, saya telah mengalami keguguran satu tahun yang lepas dan saya sedang cuba untuk hamil. Jadi saya melakukan gynae scan. Setelah scan, doctor memberitahu saya tiada masalah cyst, pcos dan fibroid namun mendapati rahim saya terbalik. Adakah ini kesan selepas saya keguguran & adakah disebab ini saya sukar untuk hamil? Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Rahim terletak di tengah “pelvis”, dan dalam kebanyakan kes, bahagian atasnya condong sedikit ke depan, ke arah pundi kencing. Ini dipanggil uterus anteverted. Bagi sesetengah wanita, kedudukannya mungkin sedikit berbeza. Rahim terbalik bermaksud fundus condong ke belakang, ke arah tulang belakang. Kira-kira 25% daripada wanita mempunyai rahim terbalik. Rahim seperti ini boleh menjadi variasi semula jadi dan jika ia tidak menyebabkan sebarang kesakitan atau gejala lain, maka ia tidak memerlukan sebarang rawatan.
Rahim terbalik tidak mengganggu kesuburan. Keupayaan sperma untuk sampai ke rahim anda berkait dengan keupayaan sperma untuk berenang, konsistensi lendir serviks apabila sperma dilepaskan, dan faktor lain. Rahim terbalik adalah variasi anatomi biasa, seperti warna mata atau warna rambut. Bagi kebanyakan wanita, hujung rahim sedikit ke hadapan (anteverted), ke arah pundi kencing, tetapi bagi sesetengah wanita yang lain, ia terbalik ke belakang (retroverted), ke arah tulang belakang.
Terdapat pelbagai punca keguguran anda berlaku seperti:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Masalah sukar mengandung boleh disebabkan oleh:
- PCOS
- Masalah tiroid
- Ovari gagal berfungsi terlalu awal
- Parut daripada prosedur atau pembedahan di rahim
- Parut daripada jangkitan rahim
- Masalah lendiran serviks
- Fibroid
- Endometriosis
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kualiti air mani/ sperma yang tidak bagus
- Masalah buah zakar
- Masalah ejakulasi
- Testosteron rendah
Seperti yang boleh anda lihat, masalah ketidaksuburan boleh berpunca daripada lelaki dan wanita. Oleh itu, anda dan suami anda harus bersama-sama melakukan pemeriksaan supaya punca anda sukar mengandung boleh dikenal pasti. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar kesuburan melalui link ini (booking specialist) melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.