
Anonymous
5 tahun
Rasa perit ketika menelan air liur dan sering merasakan tekak kering
Saya wanita berumur 27 tahun dan telah berkahwin. Saya mula mengalami sakit tekak pada 9 june 19 dan sedikit demam selama 2 hari. Ketika demam saya turut merasakan sakit seluruh badan. Apabila saya merasakan sakit tekak seakan serius disebabkan suara mulai serak dan selesa makan mula menurun, saya hanya memakan ubat difflam yang dibeli daripada farmasi. Selepas itu batuk berterusan sehingga 2,3 hari dan pada 17 june saya cuba makan ubat batuk yang dibeli dari farmasi iaitu bena dan merasakan batuk berkurangan pada waktu malam ketika tidur. 18 june saya makan ubat batuk yang berlainan iaitu sedilix -DM linctus dan batuk saya terus berkurang pada waktu siang dan malam. Saya hanya memakan ubat batuk selama 3 malam dan sekarang batuk sudah tiada, cuma akan batuk apabila minum air berais. Sekarang 24 june saya mulai rasa perit di tekak dan mengalami kahak yang sukar untuk dibuang dan bercampur darah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah tekak perit ketika menelan air liur dan tekak kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang minum air
- Tekak luka akibat batuk
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Darah yang keluar mungkin disebabkan oleh luka pada rongga tersebut akibat tindakan sering menghembus atau membuang kahak atau lendir ini. Rongga hidung dan tekak adalah sensitif dan mudah luka.
Secara amnya, antara perkara yang boleh puan lakukan di rumah untuk mengurangkan gejala ini ialah:
- Mengambil minuman suam
- Minum banyak air
- Minum jus lemon dan madu
Anda juga mungkin mempunyai masalah lain yang mengakibatkan perkara ini. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.