shamelmahadi
2 tahun
Sakit Belakang sebelah kanan & kiri apa punca?
Saya lelaki 26tahun… sejak beberapa tahun ni saya kerap merasakan sakit belakang berdenyut2 kanan & kiri ianya juga on/off dalam beberapa bulan elok lepastu sakit semula sepanjang saya fikir…Bila saya Tidak fikir ianya tidak sakit & hilang… akan tetapi tidak terlalu sakit sampai tak boleh melakukan apa2 cuma berdenyut & tidak pernah kencing berdarah atau sakit ketika kencing sebelum atau selepas…Saya juga telah berjumpa dr di Klinik kesihatan sebanyak dua kali dalam tempoh 6 bulan…Dua2 doktor mengesahkan ujian air kencing tidak menunjukkan sebarang result air kencing kotor atau teruk…Dr mengatakan hasil Xray juga tidak mempunyai sebarang batu karang atau apa2 …Saya kian risau adakah kena mengena dengan buah pinggang? Adakah simptom sakit buah pinggang sebegini? Atau cuma sakit belakang biasa saja?atau ni juga merasakan anxiety yg teruk tentang perkara ini …sering google simptom2 lain … tetapi tidak ada …cuma merasakan sakit pinggang kedua2 belah sahaja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian belakang dan kedua-dua bahagian pinggang.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit di bahagian belakang dan pinggang seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Kehamilan
Namun simptom ini juga boleh menjadi petanda untuk masalah gangguan kesihatan mental kerana kesakitan ini hanya dirasai jika anda sedang memikirkannya.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.