hafeezamran03
3 tahun
Sakit pinggang apabila duduk terlalu lama dan menunggang motosikal
Saya seorang lelaki berusia 18 tahun saya sering mengalami sakit di bahagian pinggang jika duduk terlalu lama atau sewaktu menunggang motosikal adakah perkara ini normal atau saya mempunyai masalah tulang belakang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kesakitan pada bahagian pinggang apabila anda duduk untuk tempoh masa yang panjang dan apabila anda menunggang motosikal. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada postur badan yang kurang baik. Jika anda duduk secara membengkok, ia boleh menambahkan tekanan ke atas bahagian pinggang. Di samping itu, jika anda duduk untuk tempoh masa yang panjang, ia boleh menyepit saraf yang akan menyebabkan sakit pada bahagian pinggang dan kaki. Punca-punca lain termasuklah kecederaan pada bahagian tersebut, kekejangan otot dan masalah tulang atau sendi. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.