Sulit
3 tahun
Sakit bahagian bawah dan air kencing bau masam
Hi Doktor. Saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya sering sakit di bawah perut dan kadangkala rasa keras. Setiap pagi selepas bangun tidur, saya akan rasa nak buang air kecil pun akan rasa berat di bahagian bawah abdomen dan air kencing mesti akan berbau masam. Boleh saya tahu kenapa simptom saya macam ni ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit radang pinggul (PID)
- Infeksi saluran kencing
- Endometriosis
- Batu karang di pundi kencing
- Ovarian cyst
- Fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.