Sulit
3 tahun
Cramp bahagian ari ari dan tertarik urat punggung pada masa yang sama
Assalamualaikum dr , saya berumur 22 dan belum pernah melahirkan. Kitaran haid saya juga tidak teratur. Saya kerap mengalami sakit bahagian ari ari seperti cramp dan sekaligus akan rasa seperti tertarik urat punggung. Jangka masa sakit kurang dari 5 minit . Tapi sejak 2 minggu ini , semasa berhubungan dengan suami saya , saya akan mengalami sakit yg sama dlm jangka masa yg panjang . Kenapa ya dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sistitis
- Jangkitan kelamin
- Kanser rahim
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.