Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian pelvic dan punggung
Saya wanita berusia 20an. Saya mengalami masalah sakit yang teramat pada satu2 mata di bahagian pelvic dan punggung. Semasa sakit ini berlaku, saya langsung tak boleh bergerak kerana sakit akan bertambah-tambah. Bila saya bergerak rasa mcm disepak di bahagian pelvic dan punggung secara serentak. Sakit selalu berlarutan sehingga 1 hingga 3 jam. Jadi saya akan tegangkan bagian pinggang hingga lutut supaya tidak bergerak supaya sakitnya tidak bertambah. Apa yang saya perasan, selalunya sakit ini akan hilang bila saya kentut. Tetapi untuk kentut tu, rasanya seperti tulang punggung saya dikoyak dua. Sakit ini jarang berlaku. Mungkin dalam 3 atau 4 bulan sekali berlaku. Beberapa hari sebelum sakit ini terjadi, saya akan merasa tegang di bahagian abdomen dan mengalami keputihan yg banyak. Kadang2 saya rasa seperti urat perut tertarik. Boleh saya tahu kenapa sakit ini berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sistitis
- Jangkitan kelamin
- Kanser rahim
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.