Sulit
3 tahun
Sakit pinggang dan lengguh
Saya wanita berumur 19 tahun ,saya ada masalah sakit pinggang ,pinggang saya rasa sakit dan leguh leguh ,kalau saya baring lagi sakit pinggang rasa lenguh tuh ĺagi terasa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit pinggang dan lenguh boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pada otot pinggang (kecederaan sukan, posisi duduk atau tidur yang kurang sihat)
- Kecederaan pada sendi atau tulang belakang (terjatuh atau kemalangan lain)
- Batu karang
- Jangkitan saluran kencing
- Keradangan buah pinggang
- Penyakit buah pinggan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.