Sulit
2 tahun
Ubat perancang oralcon buat saya sakit pinggang
Salam sejahtera doc…sya skrg makan ubat perancang oralcon dan saya mengalami sakit pinggang…adakah perlu saya hentikan pemgambilan nya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pinggang setelah menggunakan pil perancang oralcon. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabil. Salah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Manakala sakit pinggang pula boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.