Sulit
2 tahun
Sakit pinggang sebelah kiri setiap bulan
Hi doc, saya ingin bertanya kawan saya berumur 16tahun mengalami sakit pinggang di sebelah kiri dan dia beritahu saya sakit itu datang satu kali setiap bulan dan sangat sakit. Bolehkah doktor beritahu apakah puncanya dan cara mengatasinya? Dia juga beritahu saya bahawa dia minum air 3botol besar yang berisi 2.5 liter sehari. Apakah itu berkaitan dengan sakit yang kawan saya alami?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Otot tegang
- Batu ginjal
- Infeksi ginjal
- Pankreatitis
- Skiatika
- Haid (bagi golongan wanita)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.