Sulit
3 tahun
Sakit di pelvis kiri, sering buang air kecil dan besar dan sakit di bahagian bawah tulang rusuk kanan
saya wanita berusia 21 tahun dan sering mengalami sakit bahagian pelvis kiri. beberapa hari ni juga saya sering buang air kecil dan besar, lebih sering berbanding sebelum ini. Beberapa hari ni juga saya rasa sakit dibawah tulang rusuk kanan sampai saya hampir berteriak sebab tiba-tiba berasa sakit yang amat. Boleh doktor jelaskan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit pada bahagian kiri pelvis, peningkatan dalam membuang air kecil, najis serta sakit pada rusuk kanan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- endometriosis
- fbroid
- kehamilan ektopik
- batu karang
- jangkitan pada ginjal
- jangkitan leptospirosis
- hepatitis
- batu hempedu
Berikut merupakan kemungkinan penyebab umum kepada masalah anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Terutamanya jika ia mengganggu aktiviti harian anda. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.