Sulit
3 tahun
Batu karang kencing
Sya lelaki 30 tahun alami batu karang sudah 4 hri menahan sakit. Sudah ke kkinik diberi ubat dan injection…tapi sy masih rasa sakit di pinggan sblh knan saya dan bila sakit boleh demam…apa kah rawan selanjutnya
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sudah 4 hari mengalami sakit batu karang, pada pinggang sebelah kanan. Anda sudah ke klinik dan diberikan ubat, namun kesakitan tersebut masih berterusan. Kini anda ingin dapatkan nasihat rawatan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rawatan bagi masalah batu karang bergantung kepada lokasi batu tersebut dan saiznya. Secara amnya, batu karang boleh terbentuk pada ginjal, ureter atau pundi kencing. Daripada penjelasan anda, kami merasakan bahawa anda diberi rawatan konservatif bermaksud menunggu sehingga batu tersebut keluar dengan sendiri.
Alternatif rawatan yang lain adalah, memecahkan batu karang dengan cara ultrasound, memasukkan kamera pada salur kencing atau pembedahan. Rawatan sebegini disimpan bagi batu karang bersaiz besar melebihi 5mm. Ia juga boleh dilakukan jika rawatan konservatif gagal mengawal simptom dan menghilangkan batu karang.
Tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan kesihatan serta keputusan ujian klinikal anda, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan yang tepat. Kami juga sarankan supaya anda bercakap dengan doktor jika tidak tahan dengan simptom yang anda lalui. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.