Sulit
3 tahun
Rasa sengal dari pinggang ke betis dan lutut
hi, sya perempuan umur 29, belum berkahwin, sejak sebuln lepas sya mengalami senngal pada betis, lutut dan pinggang setiap kali bangun pagi,dan bila duduk di lantai dan kerusi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda berasa sengal dari bahagian pinggang ke betis dan lutut dan juga apabila anda duduk atas lantai atau kerusi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Ketegangan otot
- Masalah saraf seperti sciatica
- Masalah tulang belakang seperti spondylolisthesis dan spina bifida
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca masalah anda tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor pakar tulang kami agar kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.