Sulit
2 tahun
Kaki sebelah kanan sakit,pinggang sebelah kanan sakit,kerap kali terkucil sebelum sempat masuk tabdas
Saya berumur 42 tahun,dan mempunyai seorang anak…sejak 2 tahun yang lepas kaki sebelah kanan Sya selalu sakit sampai bahagian pinggang…sekarang ini sakit kaki kera kali datang sampai saya tidak boleh tidur…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit kaki anda dan masalah mengawal kencing sebelum sampai ke tandas mungkin berkaitan dengan masalah pinggang anda. Berikut adalah sebab kemungkinan anda mengalami sakit pinggang.
- Masalah tulang belakang seperti kebengkokan (scoliosis,kyphosis)
- Masalah penuaan pada disk tulang belakang seperti slipped disc, Spondilosis.
Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang Slipped disc - Masalah otot dikenali lumbago
- Masalah organ di belakang seperti hempedu dan buah pinggang
- Trauma
- Masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.