Sulit
2 tahun
Sakit pinggang ketika hamil petanda keguguran?
Saya wanita berusia 27 tahun dan sedang hamil anak pertama 12 minggu 3 hari. Malam semalam, saya mengalami sakit belakang pinggang seperti memulas dan berdenyut. Tetapi sakit itu cuma rasa sekejap dalam beberapa minit dan hilang. adakah itu petanda bahaya kepada anak dalam kandungan saya? Namun, tiada pendarahan yang berlaku sepanjang kehamilan ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah sebab kemungkinan anda mengalami sakit pinggang.
- Masalah tulang belakang
- Masalah otot dikenali sebagai lumbago
- Masalah organ di sekitar seperti buah pinggang dan buah hempedu di sebelah kanan. * Untuk golongan wanita, sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah dengan rahim dan juga ovari
- Masalah trauma
Anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang keguguran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.