
Sulit
3 tahun
Sakit buah pinggang stage 2
Suami saya baru disahkan sakit buah pinggang stage 2…saya nak tanya apa jenis pemakanan yang bagus UTK suami saya amalkan.Dan jenis minuman yang bagus UTK suami saya.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa langkah penting yang perlu pesakit buah pinggang amalkan :
- Sediakan makanan yang kurang garam
- Makan protein yang betul dan kurang
- Pilih makanan yang sihat untuk buah pinggang anda
Selain itu, antara 5 makanan yang boleh dimasukkan dalam diet suami anda adalah:
- kubis bunga
- putih telur
- bawang putih
- anggur merah
- ayam yang tidak mempunyai kulit
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.