
nick_catty
5 tahun
Sakit kepala berdenyut-denyut akibat stress
Saya seorang guru. Sakit kepala yg saya hadapi semakin kerap apabila saya stress dengan kerenah murid2. Sakit kepala terasa membawa rasa tekanan dibahagian mata dan belakang tengkuk. Rasa berdenyut2 di bahagian atas kepala kadang2 tidak tertahan sehingga rasa seperti ingin menarik rambut sekuat hati. Biasanya akan hilang sendiri selepas 3-4 hari dan datang semula. Apakah yg perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti makanan (coklat, keju), minuman (berkafein atau bergula tinggi)
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Dehidrasi - kurang minum air kosong
- Perubahan hormon seperti Sindrom Pra-menstruasi
Antara langkah umum bagi mengurangkan gejala sakit ini ialah dengan minum air cukup, menangani stres secara efektif, cukup tidur dan makan serta pengambilan ubat tahan sakit. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.