
Sulit
4 tahun
Sakit kepala mengejut
Sy mahu ceritakan masalah yg dihadapi oleh ibu sy semenjak dua menjak ini. Ibu sy dalam lingkungan 50-an. Ibu sy dpt sakit kepala secara tiba-tiba dan sakit yang amat apabila terkena air terutama dlm bilik air. Misalnya cth ingin ambil wuduk. Ibu sy menjadi takut utk ke tandas selepas mendpt sakit ini. Ianya seperti ad sesuatu yg menangkap kepala ibu sy dan membuat ibu sy lemah. Namun bukan stiap masa dia mendpt sakit ini. Ianya berlaku tanpa diduga. Saya mahu tahu jenis apakah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi iaitu sakit kepala yang terjadi secara mengejut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang ibu anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Saya sarankan anda untuk membawa ibu anda segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.