
Sulit
3 tahun
Sakit kepala /Migraine / vertigo
Hi doctor. Vitamin / supplement apa yg terbaik utk masalah penyakit migraine dan vertigo?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat tahan sakit seperti panadol dan NSAIDs dapat bantu mengurangkan gejala sakit kepala. Namun, sila merujuk masalah anda kepada doktor dahulu untuk kenal pastikan penyakit anda sebelum pengambilan sebarang perubatan. Ini kerana pengambilan ubat tanpa pengetahui punca penyebab gejala anda mungkin akan menyebabkan kesan sampingan mempengaruhi kesihatan anda.
Selain itu, migrain adalah sesuatu sakit kepala disebab oleh komponen genetik, atau faktor lain seperti stress, ketidakseimbangan hormon, kurang rehat, kafein, rokok, kecederaan pada kepala dan lain. Vertigo pula disebab oleh ketidakseimbangan cecair dan tekanan telinga dalam, keradangan telinga dalam atau kecederaan sel-sel telinga dalam, kadangnya juga disebab oleh masalah penglihatan seseorang.
Penyelidikan terkini tidak ada bukti saintifik bahawa pengambilan suplemen atau vitamin akan bantu atau berkesan dalam penyakit migrain dan vertigo. Sebaiknya anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut untuk dapatkan nasihat dan arahan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.