
afariznizam
4 tahun
Saya penghidap sakit buah pinggang, tahap 3, sebelum ni sy stagec4, setelah saya diet berat bdn sy turun peratus buah pinggang sy jgk menunjukan positif. Soalan saya bole x saya mengambil cuka epal? Kerana saya ada kolestrol tinggi, Dan Darah tinggi
Umur saya 41 thn, penghidap buah pinggang tahap 3,bole kah saya mengambil cuka epal untuk Darah tinggi Dan diet sy? Kerana sebelum ni sy Di tahap 4,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cuka epal ini mengandungi Potassium yang tinggi. Oleh itu, anda perlu berbincang dengan doktor anda kerana ianya mungkin akan mendatangkan kesan berdasarkan ubat yang anda ambil. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan pengumpulan acetic acid yang mungkin akan mengakibatkan sesetengah masalah.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum mengambil cuka epal ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.