
Sulit
4 tahun
Senak dan sakit pada bahagian perut
sy wanita dlm 20an … sy rasa senak pd bahagian atas perut selepas mkn baru2 ni. sy rasa sakit dan nyilu pd bahgian perut sebelah kiri . sy ada mslh smbelit . adakah ia berkaitan dgn sakit perut sbelah kiri? kdg2 sy pening… sy kerap sendawa walaupun tk makan… apa yg sy hadapi dr

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sakit perut selepas makan sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- Asid refluks (GERD)
- Kesan sampingan sesetengah ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).