
Sulit
3 tahun
Sering rasa tak sedap badan apabila datang haid
Saya umur 46 tahun, haid saya teratur, putaran 25 hari, tetapi sebelum atau semasa datang haid badan saya rasa tak selesa, terasa panas tapi suhu ok. Adakah ini normal? Saya juga seorang yang aktif bersukan.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai ketidakselesaan dan panas badan sebelum datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, majoriti wanita mengalami sindrom pra-haid. Sindrom ini biasanya berlaku sekitar 1-2 minggu sebelum waktu haid. Antara tanda-tanda sindrom pra-haid adalah :
- Sakit payudara
- Kekejangan otot terutamanya pada bahagian abdomen bawah
- Angin badan atau perut kembung
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Keletihan
- Gangguan emosi
- Kilatan panas (hot flash)
- Berpeluh pada waktu malam
Selain sindrom pra-haid, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada menopause. Menopause adalah sesuatu perkara normal yang berlaku sekitar umur 45-50 tahun. Sekiranya anda risau tentang masalah anda, anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian. Anda boleh mendapatkan pandanga doktor kami secara atas talian jika perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan