Sulit
5 tahun
Sering Sakit kepala berterusan
Dr. Saya selalu rasa sakit kepala yang berterusan sampaikan hilang selera makan sehingga melihat makanan sahaja boleh buatkan saya rasa mual
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Sakit kepala yang berterusan pastinya menjadi masalah buat anda dalam melalui aktiviti kehidupan anda sehari-hari. Justeru, kami bersimpati dan memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih


































