
safwan.property
4 tahun
Sukar menelan air liur dan menjadi lebih tidak selesa ketika berbaring sebelah kanan, tekak rasa kering sentiasa
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam Sejahtera,
Saya ingin bertanya mengenai masalah menelan air liur dan tekak terasa kering . Untuk menelan makanan & minuman tiada masalah . Cuma hanya ketika menelan air liur . Tidur mengiring sebelah kanan membuatkan rasa lagi sukar menelan . Mengiring kesebelah kiri kurang rasa sukar untuk menelan . Ada masa saya terpaksa pegang leher dan letakkan sedikit tekanan menggunakan jari untuk berasa puas ketika menelan . Masalah ini berlaku dalam tempuh 1 tahun yang lepas sehingga sekarang .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sukar menelan air liur.
Untuk pengetahuan anda, sukar menelan secara umumnya disebut sebagai dysphagia. Terdapat beberapa sebab perkara ini berlaku, antaranya:
- Penyakit Refluks (GERD)
- Masalah sistem saraf seperti trauma di bahagian kepala, strok, dan sebagainya
- Keradangan kerongkong
- Masalah otot, achalasia
- Jangkitan kuman Tibi
- Ketumbuhan di dalam mulut atau kerongkong
Berdasarkan keterangan yang anda jelaskan, perkara ini telah berpanjangan selama setahun. Saya menasihatkaan anda untuk berjumpa dengan Doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Hal ini kerana penyakit penyakit di atas boleh menjadi semakin teruk sekiranya tiada apa apa rawatan diterima.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.