
Anonymous
5 tahun
Tekanan darah tinggi dan sesak nafas
Saya wanita berumur 29 tahun, saya mengalami demam selsema 3 hari yang lalu dan hari ini saya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan untuk batuk saya. Semasa pemeriksaan tekanan darah saya 149/90 dan denyutan jantung 125 nadi per min. Saya mengalami simptom berdebar-debar (sekali seminggu) terutamanya ketika bangun dari tidur. Saya hanya diberikan ubat demam dan batuk. Perlukah saya ambil serius tentang simptom sy yang lain? Saya juga merasa sesak nafas ketika berbaring(sewaktu demam)

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang telah diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan jantung berdebar, antaranya ialah:
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
- Gula darah rendah
- Anemia
- Tiroid yang terlalu aktif, atau hyperthyroidism
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.