Sulit

4 tahun

Tentang keradangan hati ( hep b )

Hai Doktor, Sebelum ini saya bertanya tentang Hep.B dekat sini … Cerita saya macam ni … Setahun yang lalu saya pernah terkana cecair badan Hep.B dekat mulut dan mata … Tapi sebelum itu saya sudah ada vaksin Hep.B jadi masa itu saya macam tidak risau sangat … tiba-tiba selepas tahun saya mula terfikir dan bimbang tentang soal itu jadi saya pergi klinik dan buat saringan …

  1. Hep.B Permukaan Antigen @ Tidak reaktif
  2. Antibodi Permukaan Hep.B @ Reaktif> 1000

Soalan saya:
1.Apakah saya perlu risaukan lagi pasal penyakit ini?
2. Bila pula saya kena ambil vaksin?
3. Adakah Hep.B mampu sembuh dengan sendiri …sebab saya ada baca satu blog dia beritahu Hep.B boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 6 bulan … jika betul boleh sembuh adakah ada bukti yang menunjukkan Hep.B sembuh selain ujian HbsAg?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Pertama sekali, anda tidak perlu risau akan penyakit tersebut kerana hasil saringan yang anda nyatakan di atas menandakan tiada jangkitan aktif Hepatitis B pada tubuh anda.

Namun begitu, untuk mengenalpasti simptom-simptom Hepatitis B :

  • Kekuningan badan ( Jaundice )
  • Keletihan berpanjangan
  • Mual dan muntah
  • Demam
  • Sakit sendi
  • Perubahan warna kencing menjadi gelap dan warna najis yang pudar.
  • Kegatalan dan ruam pada bahagian badan.

Untuk makluman anda, vaksin hepatitis b untuk orang dewasa terbahagi kepada 2-3 dos. Vaksin ini akan memberikan perlindungan berterusan daripada virus hepatitis B dengan syarat anda mengambil suntikan yang betul samada dua dos atau tiga dos mengikut jenis vaksin yang diambil.

Namun begitu, terdapat juga situasi di mana anda memerlukan dos booster untuk hepatitis B. Biasanya apabila anda menerima suntikan vaksin, keputusan anti-HBs atau HBsAb anda akan melebihi 10 mIU/mL. Sekiranya anda risau tentang kondisi anda, anda boleh memohon untuk lakukan ujian saringan hepatitis B dimana mana pusat makmal kesihatan atau klinik. Sekiranya keputusan anti-HBs atau HBsAb anda kurang daripada 10 mIU/mL atau anda mempunyai risiko-risiko lain untuk mendapat penyakit, Doktor yang merawat anda akan mencadangkan dos booster vaksin hepatitis B. Bukan semua orang memerlukan dos booster ini, oleh itu pertanyaan lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda mengambil dos booster.

Vaksin hepatitis B memang boleh mencegah anda daripada jangkitan penyakit virus hepatitis B. Namun sekiranya anda mempunyai penyakit imuniti rendah atau penyakit lain yang memberikan anda risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit, anda harus berhati hati dan sentiasa berwaspada. Lakukan ujian saringan sekiranya anda masih ragu ragu.

Berkenaan penyembuhan hepatitis B, ia ditandakan dengan kadar antibodi IgM dan IgG yang menandakan suatu jangkitan baru atau lama. Selain itu, pemeriksaan fizikal juga diperlukan bagi menyimpulkan hal tersebut. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_133674622

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)