Sulit
3 tahun
Hepatitis B - Pantang & Vaksin Covid19
Saya pengidap Hepatitis B kronik & sedang mengambil ubat Tenofovir 300mg
Soalan saya :
- Apa makanan yang pantang saya tak boleh makan?
- Apa pula makanan yang baik untuk saya amalan?
- Apakah saya boleh mengambil makanan seperti durian, susu, cuka epal, sambal pedas?
- Sejak minggu lepas, kulit saya ada muncul macam jerawat gatal2 pada lengan, ketiak & lutut. Adakah ia berkaitan dengan penyakit sekarang atau lain?
- Boleh ke tidak saya mengambil vaksin Covid19 nanti & ape kesannya?
Sekian
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk makluman anda , berikut merupaka jawapan kepad soalan anda:
- Lemak tepu (mentega, krim asam, dan makanan tenusu berlemak tinggi, potongan daging berlemak, dan makanan yang digoreng).
- Makanan manis.
- Makanan dengan garam.
- Alkohol.
- Makanan mentah seperti oyster.
- Makanan yang mengandungi bahan kimia tambahan dan kadar garam yang tinggi.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Bijirin seperti oat, barli, quinoa, nasi
- Protein (ikan, ayam, telur putih, kacang)
- Produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
Perlu dielakkan durian, susu( kecuali rendah lemak atau tanpa lemak), cuka epal dan sambal pedas. Jika ingin teruskan niat untuk makan, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda kerana hanya doktor anda mempunyai maklumat lengkap tentang tahap kesihatan anda.
Untuk mendapatkan kepastian punca dan jenis masalah kulit anda, disarankan untuk merujuk pakar kulit. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh jadi penyebab kepada masalah kulit seperti yang anda nyatakan.
Perkara ini akan diteliti oleh pihak KKM dan jika didapati anda mempunyai masalah kronik dan tidak layak, maka anda akan dikecualikan terlebih dahulu.
Jika anda masih mempunyai soalan setelah membaca penerangan ini, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi atas talian dan pihak doktor kami akan menerangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.