Sulit
3 tahun
Saya nak tanya berkaitan dengan vaksin booster hep B
Hi doktor saya nak tanya, saya adalah student nurse, saya diwajibkan ambil vaksin hep B , yang saya tau saya perlu ambil ujian darah untuk tau berapa nilai antibodi saya untuk saya tau saya perlu ambil vaksin booster atau dos 1,2,3 . Tapi tadi saya pergi klinik dan telah maklumkan pada nurse yang bertugas jaga kaunter yang saya nak ambil darah untuk tengok nilai antibodi saya and terus ambil vaksin, bila dah selesai saya pelik sebab doktor tak ambil darah pon terus bagi suntikan vaksin, saya dapat kad dia tanda dekat booster , persoalannya perlukah saya ambil dos 1,2,3 sekiranya saya ambil dos booster sahaja ? Atau saya dah tak perlu ambil apa apa vaksin hep dah ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk makluman anda, dos pertama adalah dos 1, manakalah dos 2 dan 3 merupakan dos booster. Berkenaan kes anda, kami sarankan anda untuk menghubungi semula klinik atau doktor yang memberikan vaksin tersebut kepada anda supaya pemeriksaan dan perbincangan lanjut boleh dibuat antara anda dan doktor yang memberikan suntikan tersebut kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah mengenai keadaan anda daripada doktor kami. Terima kasih.