Sulit
3 tahun
Hepatitis b Dan suppliment
Saya wanita 28 tahun. hepatitis b carrier…Saya Ada 2 soalan… mohon pencerahannya …
1- Saya sering mengalami keletihan, sakit sendi Dan sembelit. Soalan saya… boleh kah Saya ambil suppliment seperti vitamin c , atau apa2 vitamin Yang perlu untuk kesihatan? Adakah suppliment boleh beri kesan buruk pada masalah hati?
2 - berapa bilangan kuman bagi pesakit hepatitis b ditahap pertengahan? Sekarang jumlah kuman Saya 399 …Saya takot jumlah kuman meningkat dari Hari ke Hari Dan takot untuk lalui hari2 Saya… Apakah punca jumlah kuman Makin meningkat?
Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab soalan yang anda kemukakan:
Soalan 1:
Terdapat sesetengah suplemen dan herba yang mungkin boleh membuat keadaan hati anda bertambah parah. Jadi kami tidak galakkan anda untuk mengambil suplemen dengan sesuka hati. Jika anda ingin mengetahui sama ada suplemen yang anda ingin ambil tersebut selamat untuk hati anda, kami sarankan anda bercakap dengan doktor dan pegawai farmasi terlebih dahulu.
Soalan 2:
Kami minta maaf terlebih dahulu kerana kami kurang jelas dengan kenyataan “hepatitis B tahap pertengahan” yang anda nyatakan. Buat masa ini, tiada rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit Hepatitis B secara sepenuhnya buat masa ini. Namun begitu, anda perlu mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor untuk membantutkan pergandaan virus hepatitis B di dalam badan anda.
Anda risau dengan masalah hati anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Punca jumlah virus meningkat disebabkan oleh:
- Sistem imuniti badan yang lemah
- Pengambilan minuman beralkohol
- Mutasi virus
Jadi kami sarankan anda untuk patuh dengan preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor dan berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen untuk menjaga kesihatan hati anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi dan penjelasan yang lebih jelas dari doktor kami secara peribadi di atas talian, terima kasih.