Sulit
3 tahun
Risau dapat hepatitis kerana pasangan seks bermata kuning
Saya lelaki berumur 23 tahun. Baru2 ini, saya telah melakukan oral seks dengan seorang lelaki tanpa memakai kondom (oral sahaja). Pasangan saya itu matanya kuning2, dan bila saya baca, boleh jadi petanda hepatitis. Saya telah melakukan oral seks terhadap orang sama pada bulan 4 dan telah melakukan ujian hepatitis pada bulan 5 (non reactive). Perlukah saya risau? Saya bercadang untuk melakukan ujian darah hepatitis lagi, jadi bila waktu yang sesuai untuk buat ujian dari tempoh oral yang terbaru? Ada ke ubat untuk menghalang dari terkena hepatitis seperti hiv (pep)? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala mata kuning boleh disebab oleh penyakit pada hati atau hempedu, tidak semestinya hepatitis. Sesetengah penyakit berjangka panjang atau perubatan juga berupaya menyebabkan kecederaan pada hati juga akan menyebabkan gejala yang sesama.
Selain itu, ujian darah hepatitis boleh diulang semula selepas 6 bulan untuk kenal pastikan status anda. Sebelum dapat keputusan ujian anda, sila jangan cuba ambil sebarang perubatan, sebab perbuatan ini amat berbahaya. Rancangan rawatan yang sesuai akan dibincang selepas status anda dikenal pastikan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.