Sulit
3 tahun
Hepatitis b antibody non reactive
Apa maksud yg d atas doc? ada ka badan sy lemah antibod.?? perlu ka buat suntikan imunisasi? bole terang lebih detail tak?? tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai keputusan ujian hepatitis B yang dilakukan. Jangan khuatir kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keputusan yang diberikan di ruangan soalan merupakan salah satu parameter yang menjadi rujukan di dalam ujian status jangkitan hepatitis B. Secara umumnya parameter ini dilihat di dalam ujian hepatitis B:
- Hepatitis B surface antigen (HBsAg)
- Hepatitis B surface antibody (HBsAb atau anti-HBs)
- Hepatitis B core antibody (HBcAb atau anti-HBc)
Secara ringkasnya, sekiranya HBsAb (surface antibody) anda adalah reactive, ia bermaksud anda dilindungi dan tiada tindakan perlu dilakukan.
Tetapi jika HBsAB dan HBcAb (core antibody) anda menunjukkan keputusan non-reactive, ini bermaksud anda tiada perlindungan terhadap virus tersebut dan imunisasi perlu dilakukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, maklumat lebih lanjut perlu diketahui sama ada antibodi yang dinyatakan oleh anda adalah surface ataupun core antibody.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai persoalan anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.