Sulit
3 tahun
Adakah saya perlu mengambil vaksin hepatitis B semula jika result screening saya sangat rendah?
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dan telah mengambil ketiga- tiga dos untuk vaksin hepatitis B. Tetapi selepas screening, antibody saya ialah 14.58. Adakah sy mempunyai masalah lain dan adakah saya perlu mengambil semula vaksin tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan lebih terperinci dapat dibuat terhadap anda untuk mencari punca sebenar ataupun anda normal.
Sebagai maklumat tambahan, sekiranya bacaan antibodi semasa saringan adalah rendah, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana screening atau saringan boleh memberikan maklumat false-positive.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.