Sulit
3 tahun
Perubatan bagi Hepatitis B untuk pesakit stroke
Bapa saya disahkan ada hepatitis B oleh doktor klinik kesihatan. Pihak klinik tidak dapat menyediakan ubat untuk bapa Saya atas sebab masalah penyakit kronik lain Yang dihadapi ayah Saya. Bapa Saya juga adalah pesakit stroke, darah tinggi dan Asma. Disebabkan bapa Saya xboleh menelan dan menguyah makanan yg keras pihak klinik tidak dapat menyediakan ubat hepatitis untuk bapa Saya. Dan tiada ubat lain disediakan. Saya ingin bertanya doktor di sini adakah cara lain perubatan yang boleh diberikan untuk bapa selain pil/ kapsul. samada ubat cecair atau melalui suntikan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, ubat hepatitis B terdapat dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk pil dan juga suntikan. Tetapi rawatan melalui suntikan tersebut perlulah mendapatkan konsultasi dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk memastikan sama ada ayah anda boleh menerima suntikan tersebut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat ayah anda supaya perbincangan dan nasihat dapat diberikan.
Dapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar perubatan kami mengenai hepatitis B.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.