Sulit
3 tahun
Cara Hepatitis B berjangkit?
Isteri saya mempunyai hepatitis B. Sekarang kami mengunakan kondom jika bersama kerana saya belum mengambil suntikan vaksin. Adakah saya akan terdedah dengan jangkitan jika bercium, menghisap payudara atau cecair faraj isteri terkena pada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, hepatitis B merupakan sejenis jangkitan virus. Penyebab hepatitis B adalah penyebaran virus ini melalui darah dan cecair badan. Jenis-jenis penularan hepatitis B :
- Ibu yang menghidap hepatitis B kepada anak- Ibu yang dijangkiti hepatitis B boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka semasa proses kelahiran
- Hubungan seks dengan pembawa hepatitis B- Boleh merebak melalui cecair badan seperti air liur, darah haid, cecair faraj dan air mani.
- Melalui perkongsian jarum
- Tatu
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Untuk info mendalam tentang masalah ini, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih