Sulit

3 tahun

Disahkan Penyakit Hepatitis B

Saya berumur 30-an & baru saja buat medical check-up dan didapati positif Hepatitis B. Bacaan adalah Rheumatoid Factor:3.7,Hepatitis Bs Antigen: Reactive,Hepatitis Bs Antibody:Non Reactive(<10 IU/L),HIV:Non Reactive,VDRL:Non Reactive,Alpha-feto protein:1.5,carcino-embryonic antigen:1.0,CA 19-9:3.3,c-reactive protein:1.3. Fungsi hati juga adalah normal. Soalan;

  1. Apakah yg dimaksudkan dengan result diatas?
  2. Doktor hanya minta untuk jaga makan n mulakan bersukan & datang semula selepas 2 bulan utk ultra-sound. Tiada ubat diberikan. Normal ke atau sy perlu refer ke hospital lain?
  3. Adakah jangkitan boleh berlaku ke atas orang lain menerusi pengkongsian gelas/sudu dan makanan? Hubungan seks memang akan mudah berjangkit? Adakah hanya cukup sekadar menggunakan kondom?Kalau cium pasangan macamana ye?
  4. Apakah tindakan saya seterusnya? Menjauhi individu sekeliling utk mengurangkan risiko jangkitan?
  5. Adakah saya akhirnya akan mengalami masalah hati? Tiada rawatan/vaksin yg berkesan utk penyakit ini?

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Untuk pengetahuan anda, keputusan yang diberikan oleh anda merupakan keputusan siasatan makmal.

  • Rheumatoid factor merupakan protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan. Bacaan yang tinggi dikaitkan dengan beberapa penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis.
  • Hepatitis antigen dan antibodi pula merupakan parameter yang digunakan dalam siasatan penyakit Hepatitis B.
  • HIV dan VDRL pula adalah siasatan untuk penyakit sifilis dan HIV.
  • Bagi alpha feto protein, carcinoembryonic antigen, CA 19-9 merupakan parameter tumor marker. Bacaan yang tinggi biasanya dikaitkan dengan risiko kanser.

Namun begitu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan dan untuk menentukan sesuatu diagnosis, faktor lain seperti sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan dan perlu disokong oleh keputusan siasatan makmal dan bukanlah berdasarkan siasatan makmal semata-mata.

Bagi soalan kedua, kami kurang pasti mengapa ubat tidak diberikan kepada anda, anda boleh bertanya kepada doktor yang merawat anda untuk mendapatkan kepastian. Maklumat lanjut seperti mengenai status kesihatan, sejarah perubatan dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan dan diketahui.

Masih gusar dengan masalah hati yang dialami? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.

Soalan ketiga; untuk maklumat anda, virus hepatitis B boleh disebarkan melalui:

  • Hubungan seksual oleh individu yang positif hepatitis B
  • Terdedah kepada darah individu yang positif
  • Perkongsian barangan peribadi seperti berus gigi dan pencukur
  • Lahir daripada ibu yang positif hepatitis B
  • Berkongsi jarum dalam kalangan penagih dadah

Untuk melakukan hubungan seksual, kami sarankan anda untuk menggunakan kondom untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain.

Soalan keempat; anda boleh bergaul seperti biasa bersama individu lain tetapi langkah berhati-hati perlu diambil berat oleh anda dan elakkan dari berkongsi barangan peribadi.

Untuk soalan terakhir, sekiranya tidak dikawal, hepatitis B boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan hati dan cirrhosis. Rawatan yang ada pada masa ini hanyalah ubatan antiviral untuk menghentikan penggandaan virus tersebut di dalam badan.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

66-700x430

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)