Sulit
4 tahun
Hepatitis B sudah sekian lama
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan maklumat tentang penyakit ini. Adakah benar penyakit ini tidak ada ubatnya? Apakah rawatan yang ada?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hepatitis B.
Untuk makluman anda,sekiranya anda dijangkiti virus hepatitis B, virus tersebut akan kekal dalam badan selamanya tetapi terdapat rawatan untuk mengelakkan virus tersebut menguasai badan dan mengelakkan anda menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Terdapat dua jenis jangkitan iaitu akut atau kronik.
Hepatitis B akut, hanya berlaku dalam tempoh masa yang pendek dan biasanya tidak memerlukan rawatan. Doktor akan menyuruh anda untuk berehat, makan makanan sihat, minum banyak air dan jika perlu ubat antiviral akan diberikan. Selepas anda sihat dari jangkitan akut, anda akan diberikan antibodi untuk melawan virus tersebut di masa akan datang.
Hepatitis B kronik atau yang berlaku melebihi 6 bulan biasanya di rawat dengan:
- Ubatan antiviral
- Ubatan antiferon
- Pemindahan hati
Memang benar penyakit ini tidak dapat disembuhkan secara amnya, tetapi kita boleh mengawal penyakit ini dengan ubatan supaya ia tidak merebak dan tidak melarat.
Bagi mengelakkan penyakit hepatitis B, anda boleh mengambil vaksin hepatitis B di mana mana klinik yang menyediakannya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.