syafinafasya
2 tahun
Resend: Positif Covid 19
***Saya dah tanya soalan ni. But I can’t see doc’s answer. Just blank. So saya resend here.
Saya wanita, 33 tahun, masih bujang. Bulan 9 tahun ini saya telah menderma darah atas pujukan sahabat saya. Sebelum ni saya tidak pernah menderma darah. Sebulan selepas itu, doktor tempat saya menderma darah call dan memberitahu bahawa kandungan darah saya tinggi protein. Jadi Doktor itu meminta saya datang sekali lagi untuk mengambil sampel darah.
Baru tadi doktor tu call saya dan menyatakan darah saya positif ujian Hepatitis b dan meminta saya buat appointment berjumpa dengan beliau.
Sekarang saya buntu. Saya pun tak tahu datang dari mana virus ni. Saya tak pernah melakukan hubungan seks, berkongsi jarum, mengambil alkohol @ ubat -ubatan atau menerima darah dari klinik / hospital. Adakah cara jangkitan lain selain yg saya nyatakan itu? Saya juga tiada mengalami symptoms Hep b setakat ni.
Jarum yg terkini yang masuk dalam badan saya hanyalah jarum vaksin covid-19 & jarum untuk derma darah sahaja. Saya confused doctor:cry:
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah positif ujian hepatitis B dan ingin mengetahui punca jangkitan tersebut. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, penyakit ini adalah disebabkan oleh Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae. Hepatitis B berjangkit melalui:
- sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj)
- pemindahan darah atau produk darah yang tercemar
- hubungan seksual
- melalui jarum suntikan yang tercemar
- daripada ibu kepada bayi (semasa hamil)
- kulit yang di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.