Sulit
3 tahun
Hepatitis b kronik boleh sembuh atau tidak
sy usia 40…ada hepatitis b kronik…simptom sekarang sakt sendi…kerap sakit perut…mual…adakah boleh di suntik vaksin hepatitis b?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, buat masa ini tiada penawar bagi penyakit hepatitis B. Namun begitu, kandungan virus (viral load) dan penyakit tersebut boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubatan. Berkenaan vaksinasi hepatitis B, anda perlu berbincang dengan doktor yang merawat anda tentang perkara ini.
Masih gusar dengan masalah hati anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda melaporkan gejala sakit perut dan sendi, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.