Sulit
4 tahun
Penerangan tentang hepatitis b
sy pernah mengambil vaksin hepatitis.
tapi kenapa result hepatitis b sy reactive.suami saya nonreactive.dan sekarang sy tgh pregnant anak ke 2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami akan cuba membantu anda dalam menerangkan tentang penyakit Hepatitis B.
Untuk makluman anda, Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada jangkitan Hepatitis B adalah:
- Berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah
- Berjangkit melalui darah yang tidak disaring semasa proses transfusi
- Membuat tatu
- Jarum akupunktur yang tidak disterilkan
- Hubungan seksual (berlainan atau sesama jenis)
- Lahir dari ibu yang positif Hepatitis B
Namun begitu, ini adalah sebab-sebab yang umumnya berkait dengan Hepatitis B. Saya nasihatkan bahawa puan jangan panik dahulu. Saranan saya adalah puan perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lebih lanjut boleh dilakukan untuk mengetahui sebab mengapa keputusan anda positif.
Jika anda masih mempunyai soalan setelah membaca penerangan ini, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi atas talian dan pihak doktor kami akan menerangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.