
muhdimran999.mi
4 tahun
Terasa ingin membuang air besar tp bila ke tandas tiada najis yg keluar
salam doc, saya berumur 22 tahun. saya selalu rasa ingin membuang air besar tp bila ke tandas tiada najis yg keluar. tp rasa ingin membuang air besar masih lg x hilang, selalu keluar najis hanya pagi selepas bangun tidur tp sedikit sahaja. perut pulak selalu terasa kembung. sudah hampir seminggu saya mengalami masalah ini. adakah saya perlu jumpa doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan kerana masalah yang anda hadapi tidak normal. Secara purata membuang air besar 3 kali seminggu adalah normal. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.Bowel obstruction / usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besarIrritable bowel syndrome : yaitu sekumpulan gejala yang terjadi akibat hubungan signal otak dengan usus yang tidak selari
Appendicitis - yaitu keradangan appendix
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.