
Sulit
4 tahun
Terdapat bisul di bahagian dubur
Saya telah mengalami bisul selama 3 hari… tetapi dalam masa tiga hari ini bisul sya belum menunjukkn mata… bagaimanakah untuk menyembuhkan bisul saya yang berada di bahagian dubur … dan berapa lamakah untuk bisul tersebut untuk sembuh ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bisul yang dihadapi. Antara rawatan bisul di rumah adalah:
Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul
Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut.
Jangan memicit atau mencalar bisu
Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari
Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka
Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
Tempoh untuk bisul sembuh bergantung dengan pelbagai faktor. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk benar-benar sembuh.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.