
Sulit
4 tahun
Terkena luka bakar Tahap kedua
Apakah rawatan yg boleh di ambil untuk luka bakar di tahap kedua?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Melecur tahap kedua merupakan kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan. Seeloknya kita mengenal pasti simptom-simptom melecur tahap kedua sebelum melakukan apa-apa rawatan. Antara simptom-simptomnya adalah:
- bahagian melecur menjadi warna putih atau merah ceri
- lembap di bahagian melecur tersebut
- pembentukan lepuh (blister)
- kesakitan yang kuat
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Rawatan yang anda boleh lakukan adalah:
- meletakkan tuala yang dibasahkan dengan air sejuk dibahagian luka selama 10 hingga 15 minit
- mengalirkan air sejuk di bahagian luka
- jangan menggunakan ais kerana ia boleh meningkatkan kesakitan dan kerosakan pada kulit
- jangan memicit lepuh yang terbentuk atau sapu ointment
Saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.