Sulit
4 tahun
Test covid 19 : perbezaan test pcr dan rtk antigen
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang oerbezaan test pcr dan rtk antigen. Ada 2 soalan yang ingin saya ajukan, 1) apakah perbezaan antara test pcr dan rtk? 2) apakah ketepatan dan kesahihan bagi kedua test tersebut. Sekian terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami mengenai persoalan anda iaitu untuk mengetahui perbezaan antara RT-PCR dan RTK-Ag bahawa anda ingin mengetahui perbezaan antara RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) serta ujian yang mana lebih tepat dari segi keputusannya. Di sini kami akan cuba menjawab soalan anda.
Untuk makluman anda, RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) adalah dua jenis ujian yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengetahui seseorang itu dijangkiti penyakit atau tidak.
RT-PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction).
Dengan melakukan ujian jenis ini, kita boleh mengesan virus yang ada dalam badan pesakit. Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah 2-5 jam. Sampel biasanya diambil dengan menggunakan kaedah nasopharyngeal swab.RTK-Ag
Rapid test kit antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan antigen di dalam badan. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Ujian ini juga boleh mengesan virus namun tidak setepat dan tidak sesensitif RTPCR. Positif ujian RTK-Ag bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Untuk memperoleh keputusan dariapda ujian ini hanya memerlukan masa lebih kurang 45 minit.
Keputusan RT-PCR merupakan gold-standard diagnostic test bagi jangkitan COVID-19. Untuk pegesahan keputusan ujian, hanya RT-PCR digunakan. RTK-Ag hanya boleh digunakan untuk saringan tapi tidak boleh digunakan sebagai pengesahan.
Sekiranya anda mempunyai keraguan terhadap keputusan ujian anda, memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai gejala yang membimbangkan sila hubungi kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19