
Sulit
3 tahun
Ubat darah tinggi perindopril 4mg
saya wanita berumur 34thn.disahkan oleh doc mempunyai darah tinggi & dibekalkan ubat perindopril 4mg.soklan saya, apakah masalah yang akan timbul jika saya makan ubat tu tidak saraan yg ditetapkan…saya berhenti mkn ubt tu sbb ade kesan sampingan seperti batuk & sakit belakang.saya pernah mengadu dgn doc psl nie…tapi doc ckp tu normal. ubt nie berkesan bila saya sakit kepala…buat masa skrg, saya mkn ubt nie jika saya sakit kepala.adakah ini akan mendatangkan masalah pada masa akan datang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda saat ini iaitu anda mempunyai masalah seperti batuk dan sakit belakang setelah memakan ubat tersebut dan anda ingin tahu kesan kepada badan jika mengambil ubat tidak mengikut saranan doktor. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, memang ada jenis ubat darah tinggi, seperti yang anda nyatakan, yang menyebabkan batuk. Ubat ini masih digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi kerana pertimbangan manfaatnya dalam rawatan yang lebih besar daripada kesan sampingan.
Mengenai masalah sakit kepala dan sakit belakang anda, pemeriksaan susulan perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar. Terdapat pelbagai faktor boleh menyebabkan masalah ini, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi di kepala yang menyebabkan iritasi meninges (selaput otak) dan menyebabkan sakit tengkuk atau belakang
- Migrain - faktor pencetus seperti stres
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Penyakit aneurisma karotid - iaitu saluran darah karotid (tengkuk) membengkak akibat tekanan darah tinggi dan berpotensi untuk pecah
Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat tersebut mengikut arahan dan masa yang telah dijadualkan, bagi mengelak keracunan akibat kesalahan dos. Ubat tersebut juga bukanlah rawatan yang digunakan untuk masalah sakit kepala.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.