Anonymous
2 tahun
Ubat Idaman pharma magnesium trisilicate tablet compound untuk apa
Saya wanita dalam 20’an…saya alami period yang berpanjangan sehingga 1@2 bulan lebih dan sepanjang tempoh itu ada sehari dua sahaja ia berhenti seketika.apabila saya sesudah mandi wajib tidak lama itu ia datang lagi.walaupun ia tidak terlalu banyak sangat sehingga perlu ganti 5@6 kali sehari,Saya cuma 3kali sehari sahaja ganti akan tetapi ia berlarutan sehingga 1@2bulan lebih.Pada 16/5 saya telah berjumpa dengan doktor,doktor telah beri saya beberapa ubat .Tapi saya lupa ubat magnesium trisilicate tablet compound ini kegunaannya untuk apa?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, ubat magnesium trisilicate tablet adalah untuk meneutralkan asid yang dirembeskan dalam perut. Ia sering digunakan untuk mengubati pedih ulu hati, senak perut, gastrik dan ulser
perut.
Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai haid yang berpanjangan dan pengunaan ubat, anda adalah amat disarankan untuk berhubung dengan doktor yang bertauliah kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.