Sulit
4 tahun
Ubat ubatan nenek saya
hi. nenek saya, umur dlm 70 an. ade underlying ckd stage 3, hpt, dm, gout, dyslipidemia for many years already. nak tnya, dlu nnek saya ad prgi satu klinik, n klinik tu preskrib bbrp ubat : gabapentin, vitamin b, diclofenac, triamcinolone tablet, orphenadrine citrate with pcm , katanya utk sakit urat. nak tanya pndpt, is it safe for my grandma to take the medications? or which should not be taken and which can be taken? and klau blh ambil, brp kkerapan yg blh ambil and safe for her? thank you Dr,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ubat-ubat yang anda senaraikan memang digunakan untuk masalah sakit urat, suplemen untuk kesihatan saraf dan ubat tahan sakit. Walaubagaimanapun, ubat diclofenac boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut kepada pesakit yang sudah tidak boleh mampu bertindak balas terhadap ubat tersebut (decompensated elderly patients). Walaupun nenek anda adalah pesakit Chronic Kidney Disease Stage 3, namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk melihat jika ubat tersebut masih bersesuaian untuk digunakan ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.