Sulit
6 tahun
UPT & Scan result negatif tetapi haid lewat
Salam sejahtera doktor.Saya sudah mempunyai anak 2 orang yang pertama 1 tahun 10 bulan dan yang kedua baru 6 bulan.Selepas bersalin anak kedua haid saya teratur dalam kitaran 30-32 hari.Sepatutnya bulan ini haid datang dalam 7-9 hari bulan, tapi saya tidak datang haid.Bila saya membuat ujian UPT dan scan di klinik keputusannya negatif.Apa perlu saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























