
Sulit
4 tahun
Uvl - apa kah bacaan yg ideal utk seseorng yg menghidapi +hiv
assalmualaikum doc … saya nak bertanya , apa kah paras bbacca ideal utk seorg pesakit +hiv ? pasangan saya beri tahu saya bacaan terbaru dia ada 40 copies dan dia dah d kategorikan sebagai uvl … tapi ada bagi tahu bacaan yg unggul adalah 20 copies, so kalo bacaan 40 copies masih mampu kah saya mendapat jangkitan tersebut kerana kami melakukan hubungan seks tanpa berlindug a.k.a menggunna kan condom … sila beri pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami tidak boleh memberi apa apa maklumbalas tentang keputusan siasatan tanpa melihat status kesihatan anda dengan menyeluruh. Anda diminta untuk sentiasa memakai alat perlindungan daripada jangkitan HIV seperti kondom.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan makmal daripada doktor yang merawat anda untuk pengesahan. Sila berhubung dengan Doktor anda untuk konsultasi lanjut.
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (**DoctorOnCall**) secara peribadi. Terima kasih.